Hari ini aku bangun pagi. Berseluar jeans koyak berbaju gambar hantu. Dulu-dulu aku pakai macam ni orang tak ambil kisah pun. Tapi kat sini lain. Semua mata tertumpu pada aku. Aku nak melangkah masuk restoran pun rasa lain macam, janggal.
Boleh dikatakan persekitaran di sini agak tersusun. Seperti ada unwritten law. Semua orang perlu berpakaian kemas. Rambut di sikat rapi. Seluar jangan ada sedikit koyak/torehan. Baju elok/kemas/sopan.
Aku rasa macam bodoh duduk sini. Bandar yang aku jumpa paling banyak warung Char Kuey Teow, Cyber Cafe dan Bundle. Tapi bundle bodoh, baju semua tak cantik langsung. Tapi aku tak bodoh sebab aku duduk rumah baca buku. Aku biar orang bodoh jalan-jalan kat bandar yang panas ni.
Aku tinggal dengan sebuah keluarga kawan aku. Dalam perancangan bulan depan aku mungkin pindah ke rumah lain. Tak berapa selesa. Aku tak boleh nak jalan ke ruang tamu dengan sesedap rasa (walaupun boleh, tapi aku yang rasa tak boleh).
Kadang-kadang aku rasa sakit hati dengan persekitaran kat sini. Aku rasa macam aku nak datang memperbetulkan keadaan. Aku nak jadikan bandar ni jadi tunggang-langgang. Itu yang betul. Keadaan yang terlalu tersusun boleh buat kau jadi bengap. Tau tak? Otak tak berfikir, neuron musnah dan akhirnya kau jadi bongok. Siapa-siapa yang nak merasa jadi bongok boleh datang sini. Sekarang ni aku tengah beli banyak-banyak buku sebab takut kena penyakit serupa.
Dan sekarang aku kat Cyber Cafe dan aku rasa nak bagi penendang kat budak sebelah aku ni. Nak main game main je lah tak reti duduk diam ke?
Terlalu banyak Cyber Cafe di sini (selain bundle dan warung Char Kuey Teow) jadi budak-budak terlalu ramai yang buang masa di sini. Kempen sebuah komputer untuk sebuah rumah sudah gagal sebab tak di jalankan kempen satu modem berinternet untuk sebuah rumah. Bongok betul.
Jalan-jalan di sini terlalu lurus. Mungkin selurus penduduknya yang aku rasa tak reti nak buat kerja lain selain bermain futsal ( di sini bersepah-sepah padang futsal ) dan mereka mula bersukan dari pukul 5 petang hingga pukul 9 malam dan pukul 10 malam mereka pergi menghadiri mesyuarat persatuan amar makruf nahi mungkar (hahahahahahahahaha).
Memang takde kerja lain mereka ni.
Dah la aku malas duduk lama-lama kat luar ni. Takut jadi bongok.